Teruja, ‘healing’ sambut TMM2024, Ambang Tahun Baharu

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

BANDARAYA MELAKA  31 Disember – Orang ramai mula membanjiri perkarangan Dataran Pengkalan Rama Sungai Melaka seawal jam 2 petang bagi memeriahkan Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Ambang Tahun Baru 2024.

Antara yang mencuri tumpuan adalah ada dalam kalangan pengunjung yang membawa kerusi lipat dan ‘healing’ di tepi Sungai Melaka.

025f792b F516 4542 B6db 0588426337e0
Ridhuan Al Adl Aljeffry

Menurut Ridhuan Al Adl Aljeffry, 30,  apabila mengetahui Sungai Melaka menjadi lokasi penganjuran acara besar,  timbul idea untuknya membawa kerusi bersama rakan bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang disediakan.

Dia yang berasal dari Bukit Baru berkata, dengan membawa kerusi sendiri juga mereka tidak perlu mencari tempat duduk bagi menyaksikan persembahan artis jemputan dan pertunjukan bunga api.

“Tujuan utama datang ke sini kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran saya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan membuat persembahan ikonik di pentas terapung Sungai Melaka,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadhil Mohd Esa, 30, pula sanggup datang awal untuk tidak mahu melepaskan peluang hadir ke sambutan itu untuk dengan harapan memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah Proton X70.

“Tujuan utama memang nak berhibur sambil sambut ambang Tahun Baharu 2024 dan kalau ada rezeki memang nak menang kereta menerusi cabutan bertuah malam ini,” katanya.

5a0cc75d 9836 4330 8284 9e113a86aaf8
Muhammad Razif Mohd Rais

Manakala Muhammad Razif Mohd Rais, 31, dari Cheng pula berkata dia mengambil kesempatan membawa ahli keluarganya menyaksikan keunikan dan kepelbagaian budaya Melaka pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

“Saya bersama isteri dan empat orang anak hadir bagi menyatakan sokongan terhadap program-program yang dilaksanakan untuk TMM2024, antaranya Ambang Tahun Baharu 2024 di sini,” katanya.

Bukan hanya orang Melaka, sambutan TMM2024 dan Ambang Tahun Baharu juga turut dihadiri pengunjung dari luar Melaka.

Hirdawati Mohd Tahir ,48, yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan berkata, dia bersama suami dan anak memilih untuk bercuti ke Negeri Melaka dan sanggup menunggu seawal jam 3 petang di perkarangan Sungai Melaka.

Jelasnya, selain bercuti, mereka sekeluarga juga mahu merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu 2024 di bumi bersejarah ini.

“Selain nak rasai kemeriahan Tahun Baharu 2024, saya juga teruja nak menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan saya seperti Ziana Zain, Anuar Zain dan Siti Nurhaliza,” katanya.

2432af32 B631 4b84 B337 7eb67ec05283
Hirdawati Mohd Tahir

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6062
Kongsi :
Previous post Kilang pembuatan botol plastik, minyak wangi terbakar 70 peratus
Next post 30 Paramedik Komuniti bersiap sedia!
Ubah saiz-+=