The Light of Garden pamer kelainan bufet Ramadan Hotel MITC

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 20 Mac – Meneruskan tradisi tahunan sebagaimana tahun terdahulu dalam menyajikan bufet ramadan, Hotel MITC kali ini memberi nafas baru dengan penampilan berbeza Citarasa Chef Rahim 2.0 berkonsepkan ‘The Light of Garden’ selain penyediaan makanan yang jauh lebih menarik berbanding sebelum ini.

Selain menikmati hidangan berbuka puasa, malah, tetamu juga boleh meraikan hari istimewa seperti hari ulang tahun mahupun majlis hari jadi di khemah khas dinamakan ‘celebration tent’ yang dilengkapi dekorasi, parkir khas serta makanan istimewa.

Dalam bufet Ramadan tahun ini, lebih 170 menu sajian disajikan buat pengunjung, antaranya kambing golek, sate, murtabak, kue teow lambak selain hidangan utama pelbagai jenis yang bertukar setiap hari serta sudut sajian manis untuk kanak-kanak seperti ‘cotton candy’, ‘popcorn’, jagung manis dan ais krim.

Bagi memastikan kanak-kanak tidak bosan sepanjang menikmati hidangan bufet itu, mereka berpeluang untuk bermain permainan dan mendapat coklat serta hadiah rahsia dari Hotel MITC.

Pengunjung yang menikmati sajian bufet Ramadan Hotel MITC pastinya berpuas hati kerana mereka turut disajikan dengan persembahan muzik asli selain ruang makan yang selesa serta tempat parkir yang luas malah turut disediakan perkhidmatan kaunter zakat.

Promosi lain yang turut dinikmati termasuk harga serendah RM88+ dan tawaran diskaun 20 peratus kepada 30,000 pengunjung bertuah dengan pembelian bufet Ramadan juga diberikan sebagai penghargaan kepada pelanggan hotel tersebut.

Selain itu, turut ditawarkan promosi penginapan pakej bilik Ramadan berserta sahur dan iftar serta promosi sambutan hari jadi dengan harga termasuk dekorasi khemah privasi, kek hari jadi, parkir khas dan persembahan hari jadi.

Jadi, jangan berlengah lagi untuk dapatkan tawaran istimewa ini dengan membeli baucar bufet Ramadan dengan menghubungi pihak Hotel MITC di talian 06-233 1551.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2977
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri lakar sejarah berangkat ke istiadat perbarisan Hari Polis ke-216
Next post Kompleks Air Panas Gadek bakal gamit 360,000 pengunjung – KM
Ubah saiz-+=