
Tiada rakyat Malaysia tinggal di kawasan pusat gempa bumi di Petrinja
KUALA LUMPUR, 30 Dis – Tiada rakyat Malaysia yang berdaftar tinggal di pusat gempa bumi di Petrinja, sebuah bandar kira-kira 60 kilometer dari ibu negara Croatia, Zagreb.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah berjaya menghubungi rakyat Malaysia yang tinggal di Zagreb dan tiada yang dilaporkan berada dalam bahaya.
“Kementerian Luar sedang memantau perkembangan selepas gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter semalam di Petrinja.
“Kementerian ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Croatia, khususnya mereka yang terkesan dengan bencana itu secara langsung. Malaysia bersama-sama dalam solidariti pada tempoh sukar ini,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia di Republik Croatia boleh menghubungi kedutaan untuk mendapatkan bantuan konsular melalui telefon di talian (+385-1-4834346 / +385-1-4834347); faks (+ 385-1-4834348); atau e-mel di [email protected].
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan Petrinja pada 12.19 tengah hari waktu tempatan (1119 GMT), Selasa.
Agensi berita Xinhua melaporkan polis tempatan mengesahkan lima orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi di Petrinja.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...

