
Tiga buruh kampung didakwa bunuh remaja perempuan Orang Asli
Tertuduh Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, Murad Ahmad, 26, mengangguk faham ketika pertuduhan membunuh dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga buruh kampung itu didakwa bersama-sama dengan niat membunuh remaja berkenaan di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara pukul 11.15 malam 20 Ogos hingga 7 pagi, 21 Ogos.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Mohamad Usari manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
Mahkamah menetapkan 3 Nov untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan, mayat remaja wanita yang tidak bersekolah itu ditemukan oleh sepupunya di lereng bukit berhampiran rumahnya pada 21 Ogos dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: DEWAN TERBUKA ‘HADIAH’ 5 TAHUN PENANTIAN SMK SELANDAR
ASAHAN 10 April - Usaha berterusan pelbagai pihak lebih lima tahun lalu dalam memperjuangkan keperluan dan kemudahan di Sekolah Menengah...
PELUANG MILIKI RUMAH IDAMAN: MAPEX 2026 MELAKA TAWAR 3,118 UNIT HARTANAH SERENDAH RM70,000
KESIDANG 10 April – Ekspo Hartanah Melaka (MAPEX) Melaka 2026 menjadi platform terbaik untuk orang ramai memiliki kediaman pada harga...
TARIAN ZAPIN MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN BEMBAN
BEMBAN 10 April - Bukan sekadar jamuan Aidilfitri malah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban turut...
SILK ROAD PASSION: HIMPUN 80 KARYA ARTIS MALAYSIA-CHINA
BANDA HILIR 10 April - Sebanyak 80 karya lukisan seni cat air hasil gabungan artis Malaysia dan China dipamerkan pada...
SENARAI ATLET MELAKA KE SUKMA XXII DIUMUM HUJUNG MEI
AYER KEROH 10 April - Senarai pendek atlet kontinjen Melaka ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dijangka akan...
MASJID, SEKOLAH DUN KESIDANG TERIMA SUMBANGAN RM80,000
KESIDANG 10 April - Sebanyak RM80,000 disalurkan kepada masjid dan sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang sebagai usaha memperkasa...
