Dari balapan ke restoran

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Ogos – Sebelum ini dia berhujan dan berpanas di balapan, kini bekas olahragawati Melaka Noor Fazlinda Tambi Chek, 33, sibuk menguruskan pelanggan di Restoran Hang Boba dan Cengkerang yang diusahakan bersama rakannya dibawah satu bumbung.

Dia yang pernah mewakili Melaka pada Sukan Malaysia (Sukma) dalam acara olahraga tahun 2016 mengakui, menguruskan perniagaan bukan perkara mudah, sebaliknya memerlukan semangat dan keinginan untuk berjaya yang tinggi.

Mengakui masih kurang ilmu dalam perniagaan dan menguruskan restoran Noor Fazlinda, mengambil langkah cuba serta kaji bagi mendapatkan rentak selain mengenal, pasti  jenis perkhidmatan atau menu yang memenuhi kehendak pelanggan.

“Saya sedar jika tersalah langkah sudah pasti kecundang, sebelum ini kami hanya menawarkan minuman dan snek makanan. Kini saya mengatur langkah bergabung bersama Restoran Cengkerang menawarkan set pilihan makanan berasaskan makanan laut.

“Kami kini bergabung di bawah satu bumbung menawarkan pelbagai pilihan makanan ‘shell out’ kepada semua pelanggan. Ini ikhtiar kami bagi memastikan selera pelanggan dapat dipenuhi, sekali gus mengembangkan perniagaan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Hang Tuah, di sini.

WhatsApp Image 2022-08-29 at 1.32.15 PM
NOOR Fazlinda

Katanya, apa dilakukan adalah demi kebaikan keluarga selepas serik kerana terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran sepanjang pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Bagi saya dalam bidang keusahawanan ini kita perlu mencuba sedaya yang mampu demi mencapai kualiti dalam perniagaan agar ia terus diyakini pelanggan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2514
Kongsi :
Previous post Tiga buruh kampung didakwa bunuh remaja perempuan Orang Asli
Next post Ketua Menteri, Exco, pengamal media terima suntikan dos penggalak kedua esok
Ubah saiz-+=