PRN MELAKA: BALAI BOMBA, PAIP LAMA ANTARA AGENDA ‘ALONG’ UNTUK ASAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ASAHAN 5 November – Meneruskan agenda pembangunan yang masih belum selesai, memperkukuh kemudahan asas serta meningkatkan kesejahteraan penduduk menjadi antara keutamaan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Calon nombor 1 N10 Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan atau lebih dikenali sebagai ‘Along’ komited untuk menuntaskan hasrat itu jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, 14 November ini.

Beliau berkata, beberapa perancangan yang masih belum direalisasikan akan terus diberi perhatian bagi memastikan pembangunan di kawasan Asahan dapat dilaksanakan secara berterusan, khususnya projek yang melibatkan kemudahan dan keperluan harian penduduk.

Menurutnya, antara agenda yang mahu diteruskan termasuk pembinaan balai bomba, penggantian paip lama, penyediaan kemudahan mesin ATM tambahan serta pembangunan taman sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas.

“Jika diberi mandat, saya akan meneruskan agenda yang belum selesai termasuk pembinaan balai bomba, penukaran paip lama, pembinaan mesin ATM serta pembangunan taman sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas.

“Banyak lagi perancangan yang ingin dilaksanakan. Jadi, berilah saya mandat dan bekerjalah bersama-sama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid An-Nur, Felda Bukit Senggeh, di sini, hari ini.

Fairul Nizam berkata, beliau berharap kesinambungan agenda pembangunan itu dapat memastikan Asahan terus berkembang menerusi penyediaan kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk.

“Insya-Allah, Asahan akan terus harum namanya di peringkat negeri dan juga kebangsaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

336
Kongsi :
Previous post MOMENTUM GELOMBANG BIRU BANTU BN RAMPAS SEMULA PARLIMEN ALOR GAJAH
Next post NADARAJAH BUKAN ORANG BAHARU DALAM KHIDMAT MASYARAKAT DUN GADEK