
Tiga kelasi maut dalam kejadian letupan di kapal tentera laut India
NEW DELHI, 19 Jan – Letupan di sebuah kapal tentera laut India pada Selasa mengorbankan tiga anak kapalnya.
Kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir itu sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai ketika letupan berlaku.
“Krew kapal bertindak pantas mengawal keadaan. Tiada kerosakan material besar dilaporkan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.
Kapal itu ditugaskan bersama Markas Timur Tentera Laut sejak November tahun lalu dan dijangka kembali ke pelabuhan pangkalannya tidak lama lagi, tambahnya.
Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui punca letupan.
Sebelas anak kapal cedera dalam insiden itu, yang berlaku di ruang dalaman kapal, lapor media India.
INS Ranvir, yang dibina di bekas Kesatuan Soviet, mula digunakan pada April 1986, menurut maklumat di laman web tentera laut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER PERCEPAT KELULUSAN 39 PROJEK BERNILAI RM400 JUTA
SERI NEGERI 27 April - Melaka Industrial Booster menjadi antara inisiatif Kerajaan Negeri yang memberi impak besar dalam menjadikan negeri...
4 TANAH PERKUBURAN MELAKA SEDANG JALANI TRANSFORMASI KUBUR DIGITAL
SERI NEGERI 27 April - Sebanyak empat tanah perkuburan bakal menjadi perintis kepada inisiatif Kubur Digital yang sedang dibangunkan Kerajaan...
MELAKA SALUR PERUNTUKAN TAMBAHAN JIKA EKONOMI GLOBAL SEMAKIN PARAH – KM
SERI NEGERI 27 April - Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan untuk menyemak semula dan menambah peruntukan kebajikan berdasarkan keperluan semasa...
MELAKA RANCANG ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA
SERI NEGERI 27 April - Kerajaan Negeri sedang merangka penganjuran Karnival Anak Muda Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
PERMIT PUKAL ALTERNATIF ELAK OPERASI NELAYAN TERJEJAS
PERMIT PUKAL ALTERNATIF ELAK OPERASI NELAYAN TERJEJAS SERI NEGERI 27 April – Pelaksanaan permit diesel secara pukal antara alternatif terbaik...
KERAJAAN MELAKA TIDAK KERJA BERMUSIM, TIDAK TUNGGU PRN UNTUK BERKHIDMAT
SERI NEGERI 27 April - Kerajaan Negeri akan memastikan persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berjalan dengan baik dan lancar...
