
Tiger Woods cedera selepas terbabit nahas jalan raya
WASHINGTON 24 Feb. – Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil,” kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.
Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.
Sementara itu, Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.
Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada 2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
5,000 ‘SERBU’ JAMUAN AIDILFITRI DUN KESIDANG MELAKA SAYANG RAKYAT
KESIDANG 4 April - Lebih 5,000 pengunjung sekitar negeri ini membanjiri Majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang Melaka...
STESEN MINYAK, MASJID, DEWAN TERBUKA AKHIRI PENANTIAN RAKYAT ASAHAN
ASAHAN 4 April - Penantian rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan untuk menikmati kemudahan stesen minyak bakal berakhir apabila dua...
WRUR DUN ASAHAN TERIMA 154 ADUAN, 600 PERMOHONAN RAKYAT
ASAHAN 4 April – Sebanyak 154 aduan dan lebih 600 permohonan diterima dalam program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ASAHAN MAMPU JADI MODEL KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan mampu menjadi model Kampung Sejahtera di Negeri Melaka, kata Ketua Menteri...
PENDUDUK ASAHAN NIKMATI PELBAGAI LIMPAHAN NIKMAT DALAM 3 TAHUN
ASAHAN 4 April - Dalam tempoh tiga tahun ini, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan telah mendapat pelbagai nikmat pembangunan...
WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya...

