TMM2024: Melaka sasar 130,000 pelancong kesihatan

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Lebih 130,000 pelancong kesihatan disasar berkunjung ke negeri ini bagi mendapatkan rawatan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, sasaran peningkatan dua kali ganda itu adalah berdasarkan kepada kos rawatan ditawarkan beberapa pusat perubatan di Melaka adalah antara yang terendah di Malaysia.

Jelasnya, dalam tempoh tiga tahun, perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pelancong luar negara mendapat sambutan amat positif terutama dalam kalangan rakyat Indonesia.

“Ejen-ejen pelancongan memaklumkan kos perkhidmatan kesihatan di Melaka lebih murah berbanding Johor dan Singapura.

“Oleh itu,pada 2021, seramai 30,540 pelancong telah menerima perkhidmatan kesihatan di empat buah hospital swasta di negeri ini dan meningkat kepada 65,112 orang pada 2022.

“Pada tahun lalu, seramai 99,336 pelancong telah mendapatkan perkhidmatan ini di Melaka dan Kerajaan Negeri yakin rekod ini akan meningkat dua kali ganda dengan lebih 130,000 akan datang ke Melaka pada tahun ini sempena sambutan TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

256
Kongsi :
Previous post Wujud sekolah autisme untuk golongan B40
Next post Melaka kekalkan kadar zakat fitrah
Ubah saiz-+=