Toh Puan Asmah galak wanita kekal aktif

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 3 September – Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman merasmikan Kejohanan Badminton Piala Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Abd Rahman di Dewan Mini Bestari, di sini, hari ini.

Terdahulu Toh Puan Asmah tiba di perkarangan Dewan Mini Bestari kira-kira jam 8.15 pagi.

Dalam kejohanan tersebut seramai 132 peserta melibatkan 11 kontinjen daripada Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWOM) yang menyertai kejohanan badminton itu.

IMG_20220903_102408_382
MELAKA 03 SEPTEMBER 2022. Isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira (DR). Asmah Abd Rahman (tengah) menyantuni kontinjen yang menyertai pertandingan ketika hadir pada Kejohanan Badminton Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr). Asmah Abd Rahman di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Toh Puan Asmah merangkap Pengerusi NCWOM dalam ucapan perasmiannya berkata beliau akan terus memberi semangat kepada golongan wanita yang berusia 45 tahun ke atas untuk kekal sihat dan aktif.

“Saya hadir hari ini untuk memberi semangat kepada golongan wanita berusia 45 tahun ke atas yang hadir menyertai kejohanan badminton ini.

“Anda (peserta) masih lagi sihat dan mampu bermain badminton.

“Dan kepada pemenang piala pusingan kejohanan ini, kalian akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan pusingan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas perasmiannya di Dewan Mini Bestari, di sini, hari ini.

IMG_20220903_102424_836
MELAKA 03 SEPTEMBER 2022. Isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira (Dr). Asmah Abd Rahman (dua dari kanan) memyampaikan sijil penyertaan kepada Ketua Kontinjen iaitu isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin (dua dari kiri) pada Kejohanan Badminton Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr). Asmah Abd Rahman di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Rosefouziah Saleh; Timbalan Pengerusi 3 NSWOM, Datin Nor Haya Sulaiman dan Pengerusi kejohanan, Wan Faudzilah Wan Abdullah.

Kejohanan yang berlangsung satu hari itu melibatkan enam gelanggang dan 17 perlawanan secara keseluruhan.

Antara 11 kontinjen terlibat adalah KBSM A, Permata, Pelitawanis, Persiap, KBSM B, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan, Wanita UMNO, Puspanita, Wanita MIC, Perkep dan Wanita MCA negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2758
Kongsi :
Previous post Mahalnya harga keamanan – Panglima 21 GGK
Next post Program Penggalak Emas ‘senjata’ rahsia Melaka hadapi SUKMA
Ubah saiz-+=