‘Tragedi Oktober’ buka tirai ucapan pelancaran jentera BN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KUALA LUMPUR 27 Okt – Tragedi Oktober menjadi isu pembuka tirai dalam Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Melaka 2021 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Isu itu dibangkitkan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menceritakan kembali senario kemelut politik yang menjadi punca kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

“Saya di Melaka menjenamakan apa yang terjadi di Melaka ini sebagai ‘Tragedi Oktober’ kerana sesungguhnya apa yang berlaku sememangnya tidak kita duga.

“Di dalam ukuran kita untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri, kita telah sepakat merujuk kepada ‘memorandum of understanding’ yang telah ditandatangani di Parlimen agar ia dapat dipatuhi di Melaka selepas habis sahaja Sidang DUN yang lepas,” katanya.

Mengakui kemelut politik yang berlaku, beliau bagaimanapun optimis BN mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan dan bertekad tidak akan membenarkan walau seminit pun negeri itu ditadbir oleh DAP.

“Oleh itu, hasrat saya, saya tidak akan mengizinkan walau seminit DAP perintah negeri, kita menyerahkan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan yang mereka pilih mengurus tadbir negeri Melaka.

“Insiden Tragedi Oktober ini telah menjadikan Melaka menjadi perhatian untuk dijadikan tempat bahan ukuran sekiranya kita jadi dan berjaya di Melaka, maka kita berjaya untuk menuju ke Putrajaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post MUDA dikompaun RM4,000, langgar SOP PRN
Next post BN harap sekatan berkempen diperhalusi
Ubah saiz-+=