Trend peningkatan COVID-19 susulan PRN Melaka tidak ketara

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ALOR GAJAH 29 Nov – Tiada peningkatan mendadak kes COVID-19 yang direkodkan di negeri ini susulan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abdul Rahman bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang andaian memandangkan tanda-tanda jangkitan COVID-19 perlu dipantau dalam tempoh 14 hari.

“Alhamdulillah kalau tengok pada trend sekarang ni tak ada lah meningkat sangat, masih pada peringkat 150 hingga 200 kes satu hari.

“Hari ini pun kita ada 197 kes yang kita daftarkan, jadi tak ada nampak peningkatan yang begitu ketara sekarang ini tetapi sebenarnya masih awal lagi untuk kita katakan bahawa tidak ada peningkatan sebab rekod kes perlukan 14 hari selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pembedahan ORL di Hospital Alor Gajah di sini, hari ini.

Pada masa sama Rusdi turut menyarankan semua pihak supaya berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku melibatkan penularan jangkitan COVID-19 daripada aktiviti merentas negeri susulan PRN Melaka tempoh hari.

“Kalau misalnya tak ada peningkatan kita juga kena tengok bukan sekadar Negeri Melaka tapi di negeri-negeri lain sebab ada kemungkinan bahawa mereka membawa penyakit ini dan kemudian merebakkan ke tempat-tempat lain.

“Sebab itu kita masih kena berjaga-jaga, namun begitu saya merasakan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka perlu dikekalkan kalau tidak diketatkan lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

776
Kongsi :
Previous post PM: Hubungan rapat antara Malaysia, Singapura amat penting untuk kedua-dua negara
Next post KKM tingkatkan survelan genomik kesan varian Omicron
Ubah saiz-+=