
TUJUH LELAKI DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN PELABURAN TIDAK WUJUD
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata sepasukan polis yang menjalankan Op Nuri menahan seorang daripada lelaki itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan berkenaan pada 10.15 malam.
“Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan perumahan sama dan menahan enam lagi lelaki.
“Polis merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu antaranya 162 telefon bimbit, dua komputer riba dan pelbagai peranti lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat dalang dan rangkaian sindiket terbabit manakala kesemua yang berusia 26 hingga 38 tahun itu direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MCDU BAKAL TANGANI ‘PROJEK SAKIT’ DI MELAKA – SUK
SERI NEGERI 11 September - Kerajaan Negeri bakal menubuhkan unit khas Melaka Coordination and Delivery Unit (MCDU) hujung bulan ini...
MELAKA CADANG TUBUH MCDU PANTAU PELAKSANAAN SEMUA PROJEK, INISIATIF
SERI NEGERI 11 September - Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan Melaka Coordination and Delivery Unit (MCDU) sebagai mekanisme baharu bagi memastikan...
PENDEKATAN M.E.L.A.K.A JADI PEDOMAN – SUK
SERI NEGERI 11 September - Pendekatan M.E.L.A.K.A diperkenalkan sebagai panduan dan budaya kerja baharu bagi meningkatkan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam...
‘DATANG AYER LIMAU TAK SAH KALAU TAK JAMAH SERABAI’
AYER LIMAU 11 September - Mungkin kerana kurang popular tidak ramai lagi yang menjual kuih serabai, namun keadaan itu dianggap...
MAULID ARBAIN SEMARAK CINTA RASUL DI TAMAN KRUBONG PERDANA
PAYA RUMPUT 12 September - Taman Krubong Perdana disuburi dengan suasana kecintaan terhadap Rasulullah SAW apabila menjadi lokasi penganjuran Program...
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
