
Tular gaduh di Bangunan Merah video lama – Polis
BANDA HILIR 11 Ogos – Rakaman video memaparkan insiden pergaduhan dua lelaki di hadapan Bangunan Merah, di sini, yang tular di media sosial disahkan video lama.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati video berdurasi 25 saat itu merupakan kejadian berlaku pada tahun 2019.
“Hasil siasatan kejadian tersebut berlaku pada tahun 2019 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Tiada laporan polis dibuat semasa kejadian tersebut berlaku.
“Kedua-dua pihak juga telah menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa melibatkan siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

