
TUN DR. MOHD ALI RASMI SEMINAR PERADABAN DMDI
AYER KEROH 7 November – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Seminar Peradaban Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2025 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini, hari ini.
Seminar tersebut diadakan bersempena Festival Warisan Etnik Nusantara 2025 yang berlangsung selama dua hari dari 7 hingga 8 November 2025.
Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali kira-kira jam 9.15 pagi disambut dengan persembahan silat dan perarakan masuk keris istiadat oleh aktivis seni sebelum majlis dimulakan.
Seminar berkenaan memberi penekanan terhadap kebangkitan tamadun Melayu-Islam melalui jaringan kerjasama Nusantara, pemerkasaan pendidikan serta adaptasi teknologi dalam membentuk kepimpinan berteraskan nilai budaya dan identiti bangsa.
Pada seminar itu, Tun Dr. Mohd Ali turut berkesempatan mendengar sesi pembentangan yang mengupas hubungan sejarah dunia Melayu dalam konteks global serta peranan generasi masa kini dalam mempertahankan kekuatan jati diri warisan.
Hadir sama, Pengarah JKKN Melaka Ezlina Elias; Naib Pengerusi Dunia Melayu DMDI Prof. Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin; serta Pengerusi Biro Penyelidikan dan Tugas Khas DMDI merangkap Pengarah Program Prof. Dr. Huzaifah Hashim.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
