Tun Mohd Ali jayakan gotong-royong UTeM

DURIAN TUNGGAL 20 Jun – Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atau TUAH Volunteer Team (TVT) menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan World Youth Foundation Ayer Keroh, semalam.

Aktiviti itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Canselor UTeM bagi menyuntik inspirasi dan semangat lebih 30 sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti itu.

Program itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif serta sukarelawan Belia Negeri Melaka daripada Kelab dan Persatuan menerusi Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).

Menurut Dr Sabri semangat kesukarelawanan yang menyumbang kepada kebajikan komuniti dan sekitar sentiasa dititikberatkan dalam diri setiap pelajar UTeM.

“Aktiviti seumpama ini secara langsung berupaya merealisasikan atribut
(sifat) TUAH UTeM iaitu tangkas, ungggul, adaptif dan holistik menerusi pendekatan lapan dimensi TUAH UTeM.

“Kita harap mahasiswa UTeM bukan saja cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan sukan malah memiliki nilai murni yang holistik termasuklah nilai kesukarelawanan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

TUN Mohd Ali bersama Dr Sabri (kanan) semasa melawat kawasan Taman Seribu Bunga bagi aktiviti gotong-royong akan datang.

Sejurus aktiviti gotong-royong tersebut, Tun Mohd Ali bersama Dr Sabri turut meninjau persekitaran kawasan Taman Seribu Bunga untuk aktiviti gotong-royong yang akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

326
Previous post 13 ahli sindiket pinjaman tidak wujud ditahan
Next post 140 warga Duyong hadiri pendengaran awam isu banjir, sampah