Tun Mohd Ali turun padang bantu kerja agih sumbangan

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 20 Jan – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam meluangkan masa membantu kerja-kerja mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Beliau menghabiskan masa selama dua jam bersama warga Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi memastikan sumbangan itu dapat disalurkan dengan sempurna.

Tun Mohd Ali yang juga Presiden DMDI turut membantu memunggah barang, membungkus barangan keperluan harian serta melakukan kerja-kerja menanda barang sumbangan.

TUN Mohd Ali melihat barangan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.

Kesemua barangan itu adalah hasil sumbangan daripada DMDI Jamiyah Singapura.

Pada masa sama, Tun Mohd Ali turut memeriksa senarai nama mangsa banjir di negeri ini dalam sistem manual sumbangan supaya barangan itu sampai tepat kepada golongan yang memerlukan.

Selesai di Autocity, Ayer Keroh, beliau turut berkonvoi bersama warga DMDI menuju ke FoodBank DMDI Kota Cemerlang bagi melihat kerja-kerja menurunkan barangan sumbangan yang telah selesai dimasukkan ke dalam kotak.

DMDI dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan Tun Mohd Ali yang merupakan ‘bapa’ pembangunan dan kecemerlangan DMDI sepanjang 22 tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

914
Kongsi :
Previous post Lari daripada polis, Long Tiger dipenjara 12 bulan
Next post 896 AEFI berkaitan dos penggalak diterima, 42 serius – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=