Tunggang motosikal santuni orang Kampung Pulau

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

TANJUNG BIDARA 12 Mac – Bersempena cuti umum 1 Ramadan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyertai program ziarah kasih untuk bertanya khabar penduduk kurang berkemampuan di Kampung Pulau yang juga tanah kelahiran beliau.

Meskipun cuaca panas, ia tidak menghalang Ab Rauf untuk meluangkan masa hampir tiga jam mengelilingi sekitar Kampung Pulau dan singgah ke lima kediaman untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk kit makanan dan sedikit wang tunai kepada semua penerima.

Malah Ketua Menteri lebih memilih menunggang motosikal yang lebih santai, dengan melalui jalan perhubungan desa untuk ke rumah penerima bantuan.

Whatsapp Image 2024 03 12 At 3.37.51 Pm (1)
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika singgah ke kediaman Timah Kedom, 83, yang menderima penyakit angin ahmar.

Ab Rauf yang juga juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, kesempatan itu digunakan untuk melihat sendiri dan menyelami keperluan selain keberadaan golongan memerlukan sekitar Kampung Pulau.

“Kali ini saya ziarah mereka memerlukan dalam kampung saya sendiri (Kampung Pulau). Insya-Allah pada program ziarah kasih siri akan datang saya akan melawat ke kampung lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

“Saya selesaikan dalam DUN Tanjung Bidara, kemudian kita akan ke DUN lain pula,” kata Ketua Menteri ketika ditemui pada akhir program berkenaan, di sini, hari ini.

Pada program sama Ab Rauf, turut meninjau perkembangan inisiatif Kampung Digital yang mana semua kediaman di Kampung Pulau sudah dilengkapi kod QR mengandungi alamat lebih sistematik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post Tiga penjenayah geng centro maut selepas berbalas tembakan dengan polis
Next post Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar
Ubah saiz-+=