
Tuntutan saman, PAFA rujuk FAM untuk khidmat Nasihat
IPOH 24 Jun – Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok, terhadap badan induk negeri itu.
Pemangku Presiden PAFA Datuk Mohammad Yadzan Mohamad berkata, perbincangan itu akan melibatkan aspek perundangan termasuk dokumentasi yang membabitkan Hyo-Seok.
“Kita akan minta khidmat nasihat daripada FAM dalam masa terdekat ini tentang langkah perundangan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam satu laporan media tempatan, Hyo-Seok yang menjalani sesi ujian bersama Perak pada Disember 2019 telah menuntut saman berkenaan melalui FIFA, dalam sepucuk surat bertarikh 18 Jun lalu dan surat tuntutan tersebut telah diterima PAFA baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
