Turbo dan Kandar jadi tarikan rumah terbuka Aidilfitri Pengkalan Batu

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 4 Mei – Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berlangsung dalam suasana ceria dan menampilkan kelainan dengan kehadiran dua ekor kuda diberi nama Turbo dan Kandar.

Orang ramai yang berkunjung khusus kanak-kanak ditemani ibu bapa masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama penjaga dan kedua-dua haiwan berkenaan.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, diriingi Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin sebagai tuan rumah turut menceriakan sambutan rumah terbuka itu yang berlangsung di Kompleks Japerun Pengkalan Batu.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Shin.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Zulkiflee Mohd Zin, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli serta Adun Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

814
Kongsi :
Previous post RM50 juta diperuntukkan naik taraf institusi pendidikan MARA
Next post Amaran ribut petir di 11 negeri, wilayah persekutuan
Ubah saiz-+=