TYT ‘belanja’ sayur segar kepada pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT KATIL 29 Januari – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bermurah hati berbelanja sayur segar untuk diedarkan kepada pengunjung Melaka Agro Market di sini hari ini.

Kira-kira 150 ikat sayur segar jenis kangkung dan bayam diedarkan sendiri oleh Tun Seri Setia di gerai sayuran tersebut.

Sayur jenis kangkung dan bayam antara sayur segar yang dijual oleh pengusaha sayuran dengan harga terus dari ladang bernilai RM1 seikat.

Lebih 100 pengunjung beratur menerima sayur segar percuma yang diusahakan oleh Yoshii Agro.

Pemilik Yoshii Agro, L. Sakteeswary berkata beliau tidak sangka apabila Tun Seri Setia yang mahu membantu menjual sayuran tersebut selepas bertanya harga sayur yang dijual.

“Saya pun terkejut tetapi berasa gembira apabila Tun Seri Setia sendiri sudi membeli semua sayur seikat RM 1  ini dan kemudian menyampaikan sayur yang dibelinya kepada pengunjung secara percuma.

“Ikutkan saya memang niat nak beri percuma tapi bukan sekarang, pada waktu petang nanti, syukurlah, Tun Seri Setia memang pemurah orangnya,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Tapak Melaka Agro Market di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman dan Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2107
Kongsi :
Previous post Merlimau lokasi pelancongan gerbang selatan Melaka
Next post Empat ditahan terlibat sindiket penipuan jual beli barangan kemas – Bukit Aman
Ubah saiz-+=