
TYT lawat SJKC Malim
MALIM 11 Ogos – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam meluang masa turun padang melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, yang dilanda ribut, pagi ini.
Mohd Ali, yang tiba kira- kira jam 1.30 petang itu diberi penerangan mengenai kejadian sebelum naik ke tingkat atas bilik darjah untuk melihat kerosakan.
Beliau, yang meluangkan masa kira- kira 20 minit itu turut diiringi Pengerusi MCA negeri Datuk Lim Ban Hong serta Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.
Dalam kejadian kira- kira 10 pagi itu, seramai 28 murid mengalami kecederaan ringan selepas terkena serpihan bumbung bilik darjah yang terjejas akibat ribut.
Kejadian berlaku pada waktu rehat dan kesemua 830 murid sekolah berkenaan berada di dalam bilik darjah susulan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Views:
Related

Berita Lain
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
PENJAWAT AWAM PERLU HATI-HATI KONGSI MAKLUMAT
AYER KEROH 28 September - Penjawat awam diingatkan supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika berkongsi penyataan awam atau maklumat berkaitan...

