
JBPM nasihatkan sesi persekolahan SJKC Malim dihentikan sementara
Abu Obaidat (kiri)MELAKA 11 Ogos – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima 36 panggilan kecemasan membabitkan kejadian ribut yang melanda negeri ini.
Pengarahnya Abu Obaidat Mohamad berkata, panggilan itu membabitkan kerosakan rumah, premis serta pokok tumbang yang terjejas akibat ribut.
“Daripada jumlah itu hanya lapan kes yang mempunyai mangsa dan mengalami kecederaan ringan.
“Bagaimanapun, kawasan lain yang turut terjejas kita membuat pemantauan dan antara kawasan yang terjejas membabitkan Taman Merdeka, Malim dan Cheng,” katanya.
Mengulas lanjut, mengenai insiden yang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 pagi dari pihak sekolah.
“Kami sudah berbincang dengan pihak sekolah untuk tidak membenarkan sesi persekolahan sehingga semuanya diyakini selamat kerana keadaan dibangunan yang terjejas agak teruk.
“Walaupun membabitkan tingkat atas namun bahagian bawah di tingkat dua turut terjejas selain bomba juga sudah meminta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemotongan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...

