TYT terima 500 naskhah Al-Quran wakaf, agih seluruh Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SERI NEGERI 2 Dis – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima 500 naskhah Al-Quran wakaf yang diinfakkan dari Pertubuhan Kebajikan Darul Iman Terengganu (D’Iman) di Pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Presiden, Shahrul Azwan Mohamad berkata, kesemua Al-Quran wakaf itu akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk diagihkan.

Katanya, program terbabit turut mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi proses penghantaran ratusan naskah Al-Quran dari Terengganu ke Melaka.

“Menerusi perbincangan bersama Tun sebentar tadi, beliau akan menyerahkan Al-Quran wakaf ini kepada pihak MAIM dan Dunia Melayu Dunia Islam(DMDI) untuk diwakafkan di seluruh Melaka.

“Pertubuhan Kebajikan Darul Iman Terengganu ini telah menjalankan Program Infak Al-Quran untuk diwakafkan secara rasmi sejak tahun 2015.

“Sehingga kini, lebih 5,000 naskah Al-Quran telah diinfak dan diwakafkan di seluruh negara termasuk di peringkat antarabangsa termasuk India, Indonesia, Thailand dan Sudan.

“Selain program infak Al-Quran wakaf, pertubuhan ini juga turut menjalankan program-program amal seperti menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan anak yatim di seluruh negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

MOHD Ali menerima cenderahati lukisan tangan yang daripada Pertubuhan D’Iman.

Dalam program ringkas itu juga, pihak pertubuhan turut menghadiahkan sebingkai gambar lukisan tangan kepada Mohd Ali sebagai buah tangan.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan D’Iman, Mohd Dzarfan Khalid, Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Iman Terengganu (D’Iman), Wan Muhammad Aufar Nahri Wan Ahmad Amli dan Timbalan Presiden, YM Tuan Mohd Jefri Tuan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1070
Kongsi :
Previous post Helmy turun padang tinjau masalah penduduk
Next post Harga racun serangga naik 199 peratus
Ubah saiz-+=