
Ubah suai Kompleks Seri Perdana ambil kira faktor keselamatan, imej negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengubahsuaian itu meliputi skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal serta sistem pendingin hawa dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi.
Proses pengubahsuaian itu turut melibatkan penggantian perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.
“Status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri (Kompleks Seri Perdana) pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan.
“Sehingga 31 Ogos, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status, komponen dan skop yang terlibat dalam projek pengubahsuaian yang dikatakan menelan kos RM30 juta.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA
DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila...
USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU
REMBIA 28 Mei - Dilema penduduk Kampung Bukit Antu, di sini, yang sering terputus hubungan apabila laluan keluar masuk dinaiki...
POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA
MERLIMAU 28 Mei - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
AIDILADHA PENUH MAKNA BUAT MEDIA MELAKA
SERKAM 27 Mei – Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) apabila buat julung kalinya diberi...
KANAK-KANAK 10 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI SELISEK
KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus di Sungai Nilam,...
PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN DI PEKAN
KUANTAN 27 Mei - Seorang pegawai polis dan isterinya maut, manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di...
