Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MELAKA 22 Mac – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari esok menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan hari ini (22 Mac) bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari ini di 29 lokasi di seluruh negara.

photo1679485409
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) diiringi Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud (kiri) mencerap anak bulan menggunakan alat ‘Totalstation’ pada majlis cerapan rasmi Hilal Ramadan di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum (kanan). Foto: MR. AZLI

Di Melaka, proses cerapan hilal Ramadan dilakukan di Balai Cerap, Kompleks Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1402
Kongsi :
Previous post Penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Next post Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=