
UNIMEL bakal jadi universiti penuh pertama milik Melaka
AYER KEROH 21 Julai – Penubuhan Universiti Melaka (UNIMEL) bakal menjadi institut pengajian tinggi (IPT) pertama milik Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata bagi mempertingkatkan daya saing, Kerajaan Negeri Melaka akan menggabungkan kesemua IPT milik kerajaan negeri menjadi sebuah universiti penuh yang bakal dikenali sebagai Universiti Melaka atau UNIMEL.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul terima kasih di persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di Seri Negeri, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pihak kerajaan negeri akan meneruskan bantuan pendidikan kepada anak-anak Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
Antara bantuan pendidikan yang diberikan ialah bantuan pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan IPT secara one-off, dermasiswa pelajar dan pinjaman wang pengajian tinggi.
Views:
Related


Berita Lain
SEL TAMBAHAN PASTIKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA TIDAK TERJEJAS
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan sel baharu sedang dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang bagi memastikan kesinambungan...
TINDAKAN TARIK SPHM SYARIKAT KOPI DI MELAKA BUKAN UNTUK JATUHKAN PERNIAGAAN – JAIM
MELAKA 2 April - Tindakan menarik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap sebuah syarikat pembuatan kopi dan biskut di negeri...
WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU
SUNGAI UDANG 2 April - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To...
AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
SUNGAI UDANG 2 April - Kerajaan Melaka sentiasa meletakkan pembangunan mampan sebagai teras utama dalam mencorakkan masa depan negeri ini,...
SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang menjadikan sistem pengurusan pepejal di Melaka lebih sistematik, mewujudkan...
‘HADIAH’ MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM
SUNGAI UDANG 2 April - Penduduk Taman Desa Bertam bakal menerima masjid baharu hasil sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad. Berita...
