Turun padang hari-hari bertemu rakyat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 21 Julai – “Kita bukan seminggu sekali berjumpa rakyat atau rakyat datang berjumpa dengan kita, tetapi pendekatan kita ialah hari-hari kita bertemu rakyat,” kata Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, berhubung tentang perjumpaan dengan rakyat beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional mengambil pendekatan untuk bertemu rakyat sendiri menerusi aktiviti turun padang.

“Pendekatan kita ialah hari-hari bertemu rakyat dan kita turun padang menyantuni mereka.

“Sebagai contoh, saya dan sahabat-sahabat baru-baru ini turun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Pantai Kundor untuk menyelami masalah para nelayan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai Usul Terima Kasih Ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mewajah Melaka Rumahku, Garis Akhir Yang Dituju pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Ujarnya, baru-baru ini kerajaaan negeri telah meluluskan pemasangan lampu limpah untuk memasuki kuala di Merlimau.

“Manakala di Pantai Kundor pula Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) diarahkan untuk selesaikan masalah hakisan pantai di kawasan itu.

“Saya dah beritahu semua ‘sahabat-sahabat’ saya bahawa program ‘walkabout’ adalah rutin kita, kita akan ’round’ satu Melaka, bukan sekadar berjumpa rakyat, tetapi yang lebih penting ialah kita bantu selesaikan masalah mereka’. “That is what I strive for!,” katanya.

Views:

451
Kongsi :
Previous post UNIMEL bakal jadi universiti penuh pertama milik Melaka
Next post Teks penuh KM Usul Terima Kasih Ucapan TYT Melaka ‘Mewajah Melaka Rumahku, Garis Akhir Yang Dituju’
Ubah saiz-+=