
Usah bimbang, ASF hanya serang babi komersial bukan babi hutan – EXCO
BATU BERENDAM 26 Jan- Penduduk yang terkesan akibat ancaman babi hutan yang berkeliaran di kawasan kediaman masing-masing tidak perlu bimbang dengan kemungkinan berlakunya penularan jangkitan Demam Babi Afrika (ASF).
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Rahman berkata, jangkitan ASF hanya membabitkan ternakan babi komersial.
Beliau yakin kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mampu mengawal sepenuhnya penularan jangkitan ASF dilaporkan sebelum ini.
“Kerajaan negeri dan JPV sudah mengambil langkah pencegahan awal termasuk mewartakan 36 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah sebagai kawasan wabak dan kawalan penyakit.
“Jadi penduduk tak usah risau, ASF tidak menjangkiti manusia dan hanya membabitkan ternakan babi komersial sahaja,” katanya.
Abdul Razak berkata, demikian ketika mengulas mengenai penularan jangkitan ASF pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup secara One-Off kepada 1,176 nelayan berdaftar negeri Melaka tahun 2022 di Lembaga Perikanan Melaka, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
MELAKA SEJAHTERAKAN HIDUP RAKYAT, KEBAJIKAN LEBIH 100,000 GOLONGAN MEMERLUKAN TERBELA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Mensejahterakan hidup rakyat Melaka menjadi antara pencapaian utama pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun...
PERJUANGAN SAYA UNTUK RAKYAT TIDAK AKAN BERAKHIR – KM
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Walaupun tempoh Kerajaan Negeri akan berakhir pada hujung tahun ini, namun Ketua Menteri Datuk Seri...
3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI: ‘BIAR RAKYAT MENILAI’
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri...

