UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember – Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan masing-masing berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala dua lagi mangsa berusia 20 serta 21 tahun cedera.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, seluruh warga universiti itu berdukacita atas kemalangan mengorbankan kedua-dua pelajar berkenaan.
“Selepas proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Jasin selesai, kami akan membantu proses menghantar pulang jenazah ke Muadzam Shah, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan bagi urusan pengebumian di kampung halaman masing-masing.
“UTeM bersimpati terhadap keluarga kedua-dua arwah, ketika ini kami juga sedang menguruskan pampasan insurans kematian dan sumbangan daripada Tabung Khairat Pelajar UTeM kepada keluarga mangsa,” katanya.
Menurutnya, dua lagi lagi pelajar iaitu Nur Hanis Suraya Supiyan dan Azwalidiya Azman yang cedera dalam kemalangan itu kini sedang dirawat di Hospital Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI
GADEK 21 Januari - Sebagai langkah keselamatan pengunjung, sekumpulan Paramedik Komuniti (Parakom) akan ditempatkan dalam kawasan Gadek Hotspring Wellness and...
TIADA LAGI TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN, KERAJAAN AMBIL PENDEKATAN BERSASAR – NANTA LINGGI
KLANG, 21 Jan - Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...
MELAKA JADI CONTOH NEGERI PRAKTIK NILAI PATRIOTISME
BANDARAYA MELAKA 21 Januari - Melaka terus menjadi contoh negeri yang mempraktikkan usaha ke arah memperkukuh perpaduan melalui nilai patriotisme....
MASIH TUNGGU STATUS PEMBINAAN LOJI WTE
PAYA RUMPUT 21 Januari - Kerajaan Negeri masih menunggu status pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa...
32 INDIVIDU CEDERA DALAM KEJADIAN LETUPAN KILANG KIMIA DI KLANG
KLANG, 21 Jan - Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula...
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...