Sorting by

×

UTeM dan UKM kongsi kepakaran teroka peluang jana pendapatan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

DURIAN TUNGGAL 18 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkukuhkan kerjasama bagi meneroka peluang untuk menjana pendapatan.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kerjasama itu adalah hasil kunjungan dan perbincangan bersama rakan sejawatannya Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berlangsung di Kampus UKM Bangi, baru-baru ini.

Katanya antara agenda utama ditekankan adalah adaptasi amalan terbaik bagi aktiviti penjanaan pendapatan melalui anak syarikat kedua-dua institusi itu.

Jelasnya kerjasama itu membuka potensi besar bagi UTeM dan UKM menjana pendapatan lumayan buat universiti.

“Kami turut menyentuh mengenai peluang untuk menjayakan beberapa siri kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dalam bidang berimpak tinggi yang tentunya memberikan manfaat buat komuniti sejagat.

“Semua ini seiring dengan peranan dan penterjemahan kepakaran dimiliki yang berkait terus kepada pembangunan masyarakat serta negara. Malah ia turut memberi impak langsung kepada peradaban dunia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada kunjungan sama delegasi UTeM berpeluang berjumpa Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd Razak.

Kunjungan pihak UTeM ke UKM turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Canselori (PKKPC) Datin Wira Ts. Nurazlina Md Sanusi.

Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin (dua dari kiri) ketika kunjungan dan perbincangan beliau bersama Naib Canselor UKM Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman (dua dari kanan) di Kampus UKM Bangi, baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2966
Kongsi :
Previous post PM Anwar umum tol percuma 20, 21 Jan sempena Tahun Baharu Cina
Next post Pusat tahfiz Pulau Besar kembali dibuka tahun ini
Ubah saiz-+=