
UTEM PUPUK MINAT KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWI
AYER KEROH 16 Januari – Bagi memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya mahasiswi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Program National Womenpreneur Pitching Competition 2026.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, penganjuran itu bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswi dalam bidang keusahawanan selain menyerlahkan potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara.
Katanya, program dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur selama dua hari (14 dan 15 Januari).
“Menerusi program ini kita mencungkil bakat mahasiswi dalam membentangkan idea perniagaan berpotensi tinggi yang diterajui oleh usahawan PKS serta menggalakkan inovasi, daya saing selain kelestarian perniagaan,” katanya.
Program melibatkan penyertaan dalam kalangan mahasiswi seluruh Universiti Awam, Politeknik dan universiti berkaitan kerajaan (GLU) dengan kerjasama usahawan PKS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BATIK MELAKA ‘MADE IN’ FELDA HUTAN PERCHA TAWAN DUNIA
MACHAP JAYA 16 Januari - Komuniti Felda Hutan Percha berganding bahu memartabatkan seni warisan tempatan dengan mengusahakan penghasilan Batik Melaka...
PBT PERLU PERKUKUH PELAN PENGURUSAN BENCANA
AYER KEROH 17 Januari - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta memperkukuh pelan pengurusan bencana bagi menghadapi...
TANAH WAKAF MAIM DIMANFAATKAN JADI PUSAT SUKAN MENUNGGANG KUDA
TANJUNG BIDARA 15 Januari - Tanah wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di lot 1343 Kampung Air Hitam Darat, di...
SETIAP INISIATIF DILAKSANAKAN PBT PERLU UTAMAKAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Januari - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta supaya terus memperkukuh peranan sebagai barisan hadapan...
2,775 ORANG MELAKA TERPEDAYA JENAYAH SIBER TAHUN LALU
AYER KEROH 15 Januari - Jenayah siber di Melaka masih menunjukkan angka membimbangkan apabila seramai 2,775 mangsa telah direkodkan membabitkan...
KSN SERU TINGKATKAN KOMUNIKASI, KURANGKAN “BAHASA PUTRAJAYA”
PUTRAJAYA 15 Januari - Aspek komunikasi kerajaan perlu dipertingkatkan agar semua inisiatif dilaksanakan difahami sepenuhnya rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara...
