
UTEM PUPUK MINAT KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWI
AYER KEROH 16 Januari – Bagi memupuk minat keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya mahasiswi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Program National Womenpreneur Pitching Competition 2026.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, penganjuran itu bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswi dalam bidang keusahawanan selain menyerlahkan potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara.
Katanya, program dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur selama dua hari (14 dan 15 Januari).
“Menerusi program ini kita mencungkil bakat mahasiswi dalam membentangkan idea perniagaan berpotensi tinggi yang diterajui oleh usahawan PKS serta menggalakkan inovasi, daya saing selain kelestarian perniagaan,” katanya.
Program melibatkan penyertaan dalam kalangan mahasiswi seluruh Universiti Awam, Politeknik dan universiti berkaitan kerajaan (GLU) dengan kerjasama usahawan PKS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR 250,000 PENGGUNA E-MEL RAKYAT TAHUN INI
AYER KEROH 24 Julai - Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 250,000 rakyat Melaka mendaftar E-Mel Rakyat menggunakan domain @melaka.my menjelang akhir...
PPSPM CIPTA REKOD KUIH KERIA TERBANYAK, KONDA KONDI TERBESAR
BANDARAYA MELAKA 23 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencipta sejarah tersendiri dalam industri pelancongan negeri apabila...
E-MEL RAKYAT LENGKAPKAN EKOSISTEM MELAKA PINTAR
AYER KEROH 23 Julai - Inisiatif E-Mel Rakyat bakal melengkapkan ekosistem transformasi digital Melaka bersama pelaksanaan Kampung Digital dan Kubur...
E-MEL RAKYAT JADI IDENTITI DIGITAL MELAKA
AYER KEROH 23 Julai - E-Mel Rakyat bakal menjadi asas kepada identiti digital tunggal rakyat Melaka pada masa akan datang,...
KEUTAMAAN E-MEL RAKYAT KEPADA PEMEGANG MYKAD 04
AYER KEROH 24 Julai - Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada rakyat Melaka yang memegang MyKad berkod '04' dalam pelaksanaan awal...
SMK GHAFAR BABA SEKOLAH PERINTIS PENGGUNAAN E-MEL RAKYAT
AYER KEROH 23 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah dipilih sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan Inisiatif...
