UTeM rangkul tiga anugerah pengurusan tenaga terbaik

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Mac – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diiktiraf sebagai organisasi pengurusan tenaga terbaik di peringkat kebangsaan dan juga Asia Tenggara.

Ianya susulan universiti itu meraih tiga kejayaan menerusi tiga kategori dalam Majlis Apresiasi Tenaga Kebangsaan (NEA) dan Anugerah Tenaga ASEAN (AEA ) 2021 yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Massila Kamalrudin berkata, kejayaan ini merupakan pencapaian yang membanggakan sekaligus mengharumkan nama UTeM di peringkat kebangsaan dan rantau Asia Tenggara.

Ujarnya, kejayaan di peringkat kebangsaan apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pengurusan Tenaga (Energy Management in Large Building) membawa pulang trofi dan RM 40,000.00.

“Selain UTeM juga memenangi Anugerah Khas bagi Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dengan membawa pulang trofi dan RM 40,000.00.

“Kemuncak pengiktirafan amalan terbaik pengurusan tenaga UTeM apabila diiktiraf pemenang utama di peringkat Asia Tenggara dengan merangkul Energy Management in Buildings and Industries Awards bagi kategori Large Buildings dengan tajuk projek Sustainable Energy Management System in Public University: Towards a Smart and Dynamic Campus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semua anugerah berkenaan disampaikan oleh oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada wakil UTeM, Pengarah Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (PKA), Prof Madya Juhari Ab Razak dan kakitangannya.

Dr Massila berkata keberkesana Sistem Pengurusan Tenaga Lestari UTeM telah menyumbang kepada pengurangan emisi karbon dan meningkatkan Indeks Tenaga Bangunan (BEI) bagi kampus induk UTeM.

“BEI terkini adalah 145 kWj/m2 dan pengurangan emisi karbon sebanyak 3791.97 tan metrik Penjimatan pengunaan tenaga bagi tempoh tiga tahun adalah sebanyak 13,849,590 kwj.

Kejayaan ini telah membuktikan komitmen UTeM terus merintis dan menerajui bagi skop penggunaan tenaga secara cekap dan menyokong usaha ke arah pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan emisi karbon .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1393
Kongsi :
Previous post Meriahkan semula Kompleks Ikan Bakar Terapung
Next post NAFAS tetap lima fokus utama menjelang 2030
Ubah saiz-+=