
UTeM teruskan kerjasama dengan kerajaan negeri
AYER KEROH 18 Jun – Pengurusan tertinggi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Ketua Menteri baru-baru ini bagi menzahirkan agenda dan pengisian yang bakal dilaksanakan.
Kunjungan itu turut disertai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Academician Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali.
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pelbagai agenda dijayakan UTeM yang memberi manfaat kepada negeri Melaka menerusi perkongsian kepakaran universiti.
“UTeM menggunakan kepakaran bagi membantu dalam aspek pembangunan negeri di samping menyediakan pelbagai solusi dan sistem berkaitan.
“Konsep ‘UTeM is Melaka’ dan ‘Melaka is UTeM’ juga akan terus diperkasakan menerusi platform sedia ada melalui penggemblengan berterusan penyelidikan dan inovasi,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap.
Views:
Related
Berita Lain
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...


