
Van terbabas elak musang, 11 pelajar tahfiz cedera
SEREMBAN, 17 April – Sebelas daripada 18 pelajar tahfiz dari sebuah madrasah di Rembau dekat sini, cedera selepas van dinaiki terbabas gara-gara cuba mengelak seekor musang yang melintas di Kilometer 16 Jalan Seremban-Tampin, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.
Beliau berkata kedua-dua pelajar itu dirawat di zon kuning di Hospital Rembau dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
“Pemandu van Muhammad Tamimi Md Suhot, 26, cedera ringan di jari kiri, manakala baki tujuh lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan setibanya di lokasi kejadian, van dipandu Muhammad Tamimi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
18 LOJI WTE DIRANCANG DIBINA MENJELANG 2040
SUNGAI UDANG 2 April - Pendekatan inovatif seperti teknologi Waste-to-Energy (WtE) amat bermanfaat sebagai pemacu utama dalam merealisasikan agenda Sifar...
TEKNOLOGI WTE ATASI CABARAN KAPASITI TAPAK PELUPUSAN
SUNGAI UDANG 2 April - Kemudahan berteknologi tinggi pengurusan sisa pepejal Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang berupaya membantu mengurangkan cabaran...
MELAKA LAKSANA SOLAT SUNAT ISTISQA’ MOHON HUJAN
DURIAN TUNGGAL 2 April - Kerajaan Negeri melaksanakan Solat Sunat Istisqa’ di Empangan Durian Tunggal, di sini, hari ini sebagai...
SEL TAMBAHAN PASTIKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA TIDAK TERJEJAS
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan sel baharu sedang dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang bagi memastikan kesinambungan...
TINDAKAN TARIK SPHM SYARIKAT KOPI DI MELAKA BUKAN UNTUK JATUHKAN PERNIAGAAN – JAIM
MELAKA 2 April - Tindakan menarik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap sebuah syarikat pembuatan kopi dan biskut di negeri...
WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU
SUNGAI UDANG 2 April - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To...
