Cosmopoint, KIMMA kongsi rezeki Ihya Ramadan kepada pelajar kurang berkemampuan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

DUYONG 17 April- Dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan di bulan Ramadan, Kolej Cosmopoint menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada pelajarnya yang kurang berkemampuan.

Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Melaka, Mazvin Jahabardeen berkata program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2022 adalah anjuran kolejnya bersama pihak Ehsan Group of Companies dan Kongres India Muslim (KIMMA).

“Seramai 36 pelajar Kolej Cosmopoint yang kurang berkemampuan hari ini kita sampaikan bantuan Aidilfitri serta kit makanan sebagai persediaan menyambut perayaan tidak lama lagi.

“Walaupun tidak banyak, meskipun sedikit, ia tetap membantu golongan yang memerlukan selain menggalakkan hubungan pelajar serta tenaga pengajar kolej tersebut dalam aktiviti produktif dan sosial.

“Tambah lagi, kita kini berada di penghujung bulan Ramadan. Dengan bantuan yang tidak seberapa ini diharap dapat lah membantu sedikit sebanyak kepada golongan-golongan yang kami kasihi ini,” katanya.

ADUN Duyong menerima cenderahati daripada Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader selepas sesi penyerahan zakat korporat dan penyerahan sumbangan Aidilfitri di Dewan JAPERUN Duyong hari ini.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan bantuan program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2022 di Dewan JAPERUN Duyong hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader dan Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group of Companies Datuk Abdul Hamid P.V Abdu.

Dalam pada itu, ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy turut menyampaikan agihan zakat korporat kepada 100 penerima terdiri daripada mualaf, anak yatim dan asnaf dalam masjlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1196
Kongsi :
Previous post Melaka tuan rumah Hari Wartawan Nasional
Next post Van terbabas elak musang, 11 pelajar tahfiz cedera
Ubah saiz-+=