Melaka tuan rumah Hari Wartawan Nasional

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 17 April – Melaka bakal menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 yang dijadual berlangsung pada 29 Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sambutan itu akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Katanya, sambutan tahun ini akan diadakan dengan sokongan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI), yang mana Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertindak sebagai agensi penghubung.

“Di Indonesia, hari itu adalah hari besar yang melibatkan semua, kerajaan, menteri, gabenor dan Malaysia sentiasa menjadi satu-satunya tetamu luar dari Indonesia.

“Jadi dalam pertemuan dan sokongan ISWAMI, kita mahu panjangkan apa yang dilakukan di Indonesia untuk turut diadakan di Malaysia.

“Melaka ini dipilih kerana Melaka sebagai bandar bersejarah dan mengambil sempena di mana sejarah awal kemerdekaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis iftar bersamanya di Hotel Doubletree di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sambutan itu diadakan bagi menghargai profesion kewartawanan di negara ini sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kerjaya itu.

“Ia akan dibuat dengan cara lebih tersusun dan diadakan setiap tahun, dengan diadakan dari satu negeri ke satu negeri sebagai lokasi penganjuran.

“Indonesia begitu juga, baru ini dibuat di Sulawesi, jadi konsep hampir sama dilakukan di republik itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1092
Kongsi :
Previous post Penganjur bazar Jalan Hang Tuah nafi berkomplot kenakan caj tiket parkir
Next post Cosmopoint, KIMMA kongsi rezeki Ihya Ramadan kepada pelajar kurang berkemampuan
Ubah saiz-+=