Veteran tiup api semangat untuk Ah Kon

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

KOTA MELAKA 9 November – “Saya mesti sokong, sokongan penuh untuk dia,” itu kata veteran MCA Tan Wah Ker, 75.

Wah Ker yang juga ahli MCA sejak 1983 berkata, meskipun sekarang dia sudah tidak aktif dalam penglibatan politik, namun sokongan teguh akan diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, Kon Qi Yao.

Menurut warga emas itu, tidak kira calon muda atau tua, mahupun lama atau baharu, dia yakin calon ditampilkan pasti seorang kredibiliti serta akan laksanakan mandat rakyat dengan penuh bertanggungjawab.

“Kita mahukan seorang yang berjiwa rakyat dan boleh membantu rakyat, itu yang penting.

“Kita tidak kira, tua atau muda asalkan dia yang dipilih boleh buat kerja, laksanakan tanggungjawab,” katanya ketika ditemui di sebuah medan selera berhampiran Bukit Cina, di sini.

Sementara itu, Qin Yao yang mesra disapa Ah Kon berkata, dalam tempoh kempen yang berbaki kira-kira 10 hari, dia akan cuba membahagikan masa sebaiknya untuk turun padang berjumpa penduduk.

Katanya, meskipun kini masanya tidurnya hanya empat jam sehari, namun itu bukan penghalang untuknya memenuhi jadual yang begitu padat.

“Agak mustahil untuk saya berjumpa kesemua lebih 160,000 penduduk di Kota Melaka yang merangkumi sehingga ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas namun saya akan cuba sedaya upaya.

“Untuk empat hari tempoh berkempen ini, memang padat tetapi ia berjalan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2146
Kongsi :
Previous post Penerimaan rakyat positif, BN mampu menang besar – Ismail Sabri
Next post PRU15: PDRM keluarkan lebih 3,000 permit berkempen seluruh negara
Ubah saiz-+=