WAKAF KESIHATAN: MAIM AJAK RAKYAT KUMPUL SAHAM PAHALA BERPANJANGAN

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Setiap sumbangan menerusi Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi saham pahala berpanjangan, selain membantu menyokong keperluan kesihatan masyarakat di negeri ini.

MAIM dalam satu kenyataan berkata, kesihatan merupakan keperluan semua dan usaha mewakafkan sebahagian harta bagi tujuan berkenaan memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan umat.

“Melalui Wakaf Kesihatan MAIM, sumbangan orang ramai membantu menyokong kemudahan dan keperluan kesihatan demi manfaat masyarakat yang berterusan.

“Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan rawatan, malah menjadi saham pahala yang berpanjangan selagi manfaat wakaf itu terus dinikmati,” kata kenyataan itu.

Menurut MAIM, dana berkenaan antara lain dapat menyokong penyediaan kemudahan kesihatan Islam yang berkualiti dan berterusan, selain membantu golongan yang memerlukan mendapatkan rawatan.

Jelas kenyataan itu, orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Saham Wakaf MAIM boleh mengimbas kod QR yang disediakan atau menghubungi Bahagian Wakaf dan Mal MAIM di talian 06-283 7416.

Menurut MAIM, sumbangan wakaf boleh disalurkan pada bila-bila masa sebagai usaha bersama memperkukuh kemudahan dan keperluan kesihatan demi manfaat masyarakat secara berterusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

506
Kongsi :
Previous post LIMA KAPAL PERANG TLDM DIBUKA UNTUK LAWATAN, EMPAT SESI BERMULA ESOK
Next post PERZIM BUKA PELUANG RAKYAT MASUK MUZIUM LUAR BANDAR PERCUMA 31 OGOS INI