
Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
“Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Dis lepas.
Pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.
Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana dikatakan mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...


