
Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu berkuat kuasa Ogos
IPOH, 17 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Perak yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan berasal dari Gerik merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
“Beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam.
“Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 30 Mei 2021, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
129 WARGA EMAS DITEMPATKAN DI RSK CHENG
SERI NEGERI 10 Disember - Seramai 129 orang warga emas kini mendapat perlindungan dan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan Cheng...
RM510,000 KOS SELENGGARA ENAM JALAN LADANG ROSAK DI KUALA LINGGI
SERI NEGERI 10 Disember - Enam jalan ladang sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang mengalami kerosakan akibat bencana...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: MPJ BINA DUA TAPAK PENJAJA BERPUSAT DI JASIN
SERI NEGERI 9 Disember – Skim Mesra Penjaja diperkenalkan Kerajaan Negeri melalui inisiatif Kawasan Penjaja Berpusat Dalam Komuniti amat membantu...
PENYAMPAIAN KELULUSAN TANAH DAN NOTIS 5A CERIAKAN 95 PENERIMA
ASAHAN 9 Disember - Suasana penuh ceria menyelubungi Balai Raya Felda Tun Ghafar, Bukit Senggeh, apabila seramai 95 generasi kedua...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PENJAWAT AWAM SAHUT CABARAN PASTIKAN SISTEM PENYAMPAIAN EFISIEN, MESRA RAKYAT
SERI NEGERI 9 Disember - Pemberian bantuan khas kewangan kepada penjawat awam menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 disahut dengan semangat...
JELAPANG PADI MELAKA SUMBANGAN LEBIH 6,000 TAN PENGELUARAN
SERI NEGERI 9 Disember - Keluasan tanaman padi di Melaka bagi tempoh Januari hingga November 2025 mencatatkan sebanyak 1,590.36 hektar...
