
WANITA WARGA EMAS, ANAK MAUT DALAM KEBAKARAN DI PPR DATO SENU
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 7.18 pagi tadi.
“Mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan ibunya berumur 82 tahun ditemukan di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.
Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 40 peratus pada unit kediaman terbabit.
Operasi memadam dan mengawal kebakaran dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Gombak Selatan.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.27 pagi dan punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’
TABOH NANING 29 Mac - Hidangan kari lembu menjadi menu istimewa yang menarik lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Rumah...
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
MERSING 29 Mac - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di persisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini,...
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
KEBAJIKAN PELAJAR TVET MELAKA TERUS DIPERKASA
RIM 29 Mac - Kira-kira 300 pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada keluarga B40 di negeri...
BUDAYA KITAR SEMULA DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 29 Mac - Kesedaran rakyat Melaka mengamalkan kitar semula terus menunjukkan peningkatan saban tahun hasil pelbagai inisiatif dan...

