
Warga emas rentung cuba selamatkan anjing
TENGKERA 16 Okt. – Lelaki warga emas ditemui rentung dipercayai cuba menyelamatkan seekor anjing miliknya dalam sebuah rumah di Kampung Limbongan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, mangsa berusia 68 tahun itu ditemui di bahagian dapur oleh anggota bomba satu jam kemudian.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan bergegas ke lokasi pada jam 6.55 pagi.
Kataya, sebaik tiba bomba mendapati rumah yang merupakan bangunan separuh kedai itu marak sepenuhnya.
“Maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan keluar rumah menyelamatkan diri dan masuk semula, bagaimanapun mayat mangsa ditemui rentung di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
-Berita lanjut menyusul-
Views:
Related


Berita Lain
ADUAN RAKYAT PAYA RUMPUT DIKATEGORIKAN IKUT KEUTAMAAN – RAIS
PAYA RUMPUT 13 Februari – Semua aduan yang diterima pada Hari Aduan Rakyat akan dikategorikan mengikut keutamaan dan tempoh pelaksanaan...
SERONOK LAYAN RAGAM GAJAH BETINA ZOO MELAKA
AYER KEROH 13 Februari - Ada yang manja, ada yang degil tidak kurang ada juga yang kuat sentap. Itu antara...
JANTUNG BERDEBAR TANPA SEBAB? INI MUNGKIN ARITMIA
Oleh: Dr. Hartini Mohd Yusof Pakar Perubatan Dalaman, Jantung & Eletrofisiologi Oriental Melaka Straits Medical Centre “KETIKA sedang duduk berehat...
POLIS MELAKA TERIMA 135 PEMAKLUMAN BALIK KAMPUNG
AYER KEROH 13 Februari – Polis Melaka menerima sebanyak 135 pemakluman balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) setakat...
MELAKA SEBAGAI ‘KOTA KESIHATAN’, PUTRA 2 DAN BRAIN & SPINE HOSPITAL DIBINA DI AYER KEROH
AYER KEROH 13 Februari - Keunggulan Melaka sebagai hab kesihatan serantau diperkasakan lagi dengan pembinaan Hospital Putra 2 dan Brain...
BIBIT KEMESRAAN KETUA MENTERI SANTUNI ORANG PAYA LUBOH
PANTAI KUNDOR 13 Februari - Bibit kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat jelas terpancar di Kampung Paya Luboh apabila Ketua...
