Sorting by

×

WRUR: 10 EXCO JADI ‘BAPA ANGKAT’ KAMPUNG DI DURIAN TUNGGAL, PANTAU PENYELESAIAN ISU

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

DURIAN TUNGGAL 26 OKTOBER – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri dilantik sebagai ‘bapa angkat’ kepada 10 kampung Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata langkah itu bagi memastikaan setiap aduan dan permasalahan di kampung berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan serta dipantau secara berterusan.

Katanya, pendekatan tersebut membolehkan tindakan susulan terhadap aduan rakyat diselaras secara terus oleh Exco yang bertanggungjawab dalam portfolio masing-masing, sekali gus mempercepatkan proses penyelesaian.

“Setiap Exco akan menjadi bapa angkat kepada satu kampung di bawah DUN Durian Tunggal. Saya sendiri dilantik sebagai bapa angkat kepada Kampung Beringin dan akan memantau segala isu berkaitan termasuk hakisan serta kemudahan awam.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk turun padang dan memahami sendiri keperluan rakyat, sekali gus dapat memperkukuh komunikasi bersama komuniti setempat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program WRUR DUN Durian Tunggal di Kampung Beringin di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Khalil serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut Rais turut merasmikan Pesta D’ Sawah Durian Tunggal 2025 dan Sarong Fun Run @ Bendang.

Dalam pada itu, Rais turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk setempat atas sambutan menggalakkan, ia termasuk program sumbangan ayam percuma sebanyak 300 ekor kepada penduduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

542
Kongsi :
Previous post PELANCONG KE MELAKA MENINGKAT 25 PERATUS
Next post WRUR: 220 ADUAN DITERIMA, ISU HAKISAN DAN INFRASTRUKTUR ANTARA FOKUS