Sorting by

×

WRUR BAWA PENTADBIRAN NEGERI MELAKA KE DIMENSI BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

LENDU 28 Mei – Program Wakil  Rakyat Untuk  Rakyat (WRUR) bakal membawa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka ke satu dimensi baharu, selain lebih cekap dan prihatin kepada permasalahan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mendengar rintihan, denyut nadi dan segala keperluan rakyat menerusi WRUR yang kemudian diselesaikan mengikut kaedah pentadbiran kerajaan.

Katanya, WRUR adalah pendekatan baharu Kerajaan Negeri menerusi kaedah turun padang melibatkan semua Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan dan agensi.

Ab Rauf berkata, semua permasalahan dikumpul atau rekodkan dalam bank maklumat diuruskan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) yang kemudian disaring bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

“Bagi merakyatkan pentadbiran Kerajaan Negeri ini, urusan seluruh agensi, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pejabat daerah berkait dengan urusan tanah, banjir, sukan, pelancongan serta kebajikan diselaraskan menerusi WRUR agar

“Saya mahu rakyat menikmati keadah pentadbiran tersusun dan terancang, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya agensi kerajaan yang telah memberikan kerjasama bagi membantu Kerajaan Negeri mempertingkatkan lagi sistem pentadbiran.

“Melaka Melaka akan keluar ke satu dimensi baharu pentadbiran, selepas selesai WRUR dengan maklum balas diberikan kepada pentadbiran dan kita akan tambah baik serta berikan nilai tambah kepada setiap permasalahan rakyat,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Projek Tembok Penahan Banjir di Taman Masjid Tanah Ria dan Rumah Pam JPS di Bandar Masjid Tanah bersempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, hari ini.

Selain itu, Ketua Menteri turut meluangkan masa menyerahkan dan menampal alamat Kampung Digital di tiga kediaman sekitar Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah.

Hadir sama Adun Lendu, merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Hadir sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas , Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, Ir. Mohd Adnan Ahmad Fauzi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5273
Kongsi :
Previous post WRUR: 20 PENJAJA DISANTUNI, TERIMA LESEN PERNIAGAAN MBMB
Next post SELARAS PENEMPATAN PENIAGA DI PANTAI PUTERI