Sorting by

×

WRUR: EKO SAWAH KAMPUNG BERINGIN JADI IDENTITI BAHARU DURIAN TUNGGAL

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 November – Penduduk menyambut baik cadangan untuk memajukan kawasan sawah padi di Kampung Beringin sebagai produk eko pelancongan baharu bertujuan menaikkan lagi imej dan menggamit lebih ramai pengunjung ke Durian Tunggal.

Ramli Hassan, 52, langkah itu adalah amat wajar kerana kawasan berkenaan yang menyajikan pemandangan indah sawah padi sejak sekian lama sememangnya sudah menjadi tumpuan dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar.

Katanya, jumah kehadiran pengunjung juga naik berganda setiap kali penganjuran aktiviti seperti Pesta D’Sawah.

6073301644989893654
RAMLI MOHD.

“Pesta D’Sawah ini sudah lama dibuat, sekitar tiga ke empat tahun dan sambutannya juga sangat menggalakkan. Saya amat sokong usaha memajukan lagi kawasan ini dengan menyediakan kemudahan tempat riadah dan lokasi peniagaan lebih teratur.

“Justeru, satu ikon atau papan tanda khas perlu diwujudkan bagi menjadikan lokasi itu sebagai identiti baharu Durian Tunggal,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Balai Raya Kampung Beringin, di sini, semalam.

6073301644989893645
ADAM MOHD.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Beringin, Adam Mohd, berkata kawasan itu berpotensi besar kerana kedudukannya yang strategik dengan pemandangan sawah dan sungai.

“Setiap tahun di kawasan ini kita anjurkan Pesta D’Sawah, ramai yang datang beriadah. Kalau tambah kemudahan awam dan aktiviti kampung, pasti lebih ramai pelancong datang.

“Ditambah pula sekitarnya ramai usahawan kecil menawarkan pelbagai jenis produk tempatan dan inap desa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

578
Kongsi :
Previous post WRUR: TAPEM SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA CEMERLANG AKADEMIK
Next post WRUR: SUP PAK KARIM KAMPUNG PANCHOR ADA ‘UMPHH’