Sorting by

×

WRUR: HAMPIR 80 PERATUS ADUAN DUN LENDU SELESAI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

LENDU 28 Mei – Hampir 80 peratus aduan rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) telah berjaya diselesaikan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, berbaki hampir 20 peratus yang belum diselesaikan adalah aduan membabitkan pihak Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Ketua Menteri Ke-12 berkata, antara aduan yang telah diselesaikan dan dilaksanakan adalah membabitkan infrastruktur seperti lampu jalan serta beberapa isu rakyat di kawasan sekitar DUN Lendu.

“Kesemua hampir 80 peratus yang telah dan sedang dilaksanakan itu melibatkan urusan dengan Kerajaan Negeri dan hampir semua akan dilesaikan demi kemaslahatan warga Lendu.

“Manakala, berbaki 20 peratus itu pula membabitkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, di mana ia melibatkan kos yang besar, antaranya seperti baik pulih berek polis, pembinaan bangunan sekolah baharu serta pelbagai lagi.

“Namun kesemua aduan itu telah kita ambil perhatian untuk diselesaikan namun ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas ditemui pada Majlis Sumbangan Barangan Keperluan Asas sempena WRUR di Kompleks Japerun Lendu, di sini, semalam.

Terdahulu, seramai 100 asnaf menerima bantuan kit makanan berupa barangan keperluan asas yang disumbangkan Perbadanan Melaka (MCORP) dan Perbadanan Straits of Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pihaknya sentiasa cakna dan memantau setiap aduan yang diterima oleh rakyat sepanjang dua minggu WRUR berlangsung.

“Untuk aduan yang belum diambil tindakan, kita akan pastikan ia diselesaikan meskipun mengambil sedikit masa,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

842
Kongsi :
Previous post MELAKA PROMOSI SEKTOR SEMIKONDUKTOR DI SINGAPURA
Next post MELAKA PERKASA KERJASAMA TVET DI SINGAPURA