Sorting by

×

WRUR: JALAN PANTAI BELIMBING – MACHAP PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 November – Cadangan pembinaan jalan baharu menghubungkan Pantai Belimbing ke Machap sejauh tiga kilometer akan mewujudkan satu lagi pintu masuk utama ke Melaka dari arah Gemencheh dan Tampin, Negeri Sembilan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, projek itu dijangka memendekkan perjalanan hampir 20 kilometer (km) antara Pantai Belimbing dan Machap yang kini perlu melalui Seri Pengkalan, Alor Gajah.

“Kita tidak boleh jangka bila cadangan ini akan diluluskan, namun Kerajaan Negeri telah mengangkat permohonan kepada Kerajaan Pusat. Tahun ini belum diluluskan, tetapi tahun hadapan kita akan kemukakan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Sesi ‘Town Hall’ Exco Angkat Kampung Pantai Belimbing dan Parit Melana di Balai Raya Kampung Beringin, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil serta wakil agensi berkaitan.

6073301644989893626
HAMEED bersama Zahari ketika mengadakan lawatan ke Persimpangan Bulatan Pekan Pantai Belimbing. Foto Afiq Mustaffa

Dalam pada itu, Hameed berkata penduduk Pantai Belimbing juga perlu berbangga apabila Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan pembinaan bulatan baharu di persimpangan Pantai Belimbing dengan kos melebihi RM2 juta.

“Projek ini bertujuan melancarkan aliran trafik dari arah Alor Gajah menuju ke Durian Tunggal dan Bandar Melaka melalui Kampung Beringin. Ia merupakan projek bernilai tinggi yang memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1465
Kongsi :
Previous post WRUR: SIMBOL KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK – EXCO
Next post WRUR: ISU INFRASTRUKTUR, LALU LINTAS FOKUS UTAMA ‘TOWN HALL’ DURIAN TUNGGAL