Sorting by

×

WRUR: KETUA MENTERI KOTAKAN JANJI, IMAM MD YUSOF TERIMA KERUSI RODA ELEKTRIK BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 November – Hadiah istimewa iaitu kerusi roda elektrik daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menceriakan Md Yusof Md Nor, atau lebih mesra dengan panggila Imam Md Yusof dalam kalangan penduduk Kampung Gangsa.

Terdahulu pada 27 Oktober lalu Ab Rauf singgah untuk bertanya khabar Imam Md Yusof yang kini lumpuh bahagian kanan badannya akibat serangan angin ahmar November tahun lalu.

Pada pertamua itu Ab Rauf berjanji akan menghadiahkan kerusi roda elektrik kepada Imam Md Yusof sebelum ini bertugas sebagai imam selama lebih 15 tahun di masjid kampung berkenaan.

Berkongsi kegembiraannya Imam Md Yusof, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri yang amat prihatin terhadap ujian dilaluinya ketika ini.

“Alhamdulillah Ketua Menteri mengotakan janji beliau kepada saya, pemberian ini amat bermakna, memudahkan urusan harian saya. Sekurang-kurangnya mahu bergerak sudah tidak perlu orang lain untuk menyorong kerusi roda.

“Pendekatan Ketua Menteri ini amat mesra rakyat dan disenangi ramai. Begitu juga dengan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) memudahkan urusan orang ramai dan merapatkan lagi jurang antara rakyat dan pemimpin negeri,” katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Program Ziarah kasih sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Zahari Abd Kalil serta pemimpin tempatan DUN Durian Tunggal.

Menurut Md Yusof paling menarik perhatian beliau adalah, pendekatan Ketua Menteri yang menunggang motosikal ketika menghadiri program tertentu.

“Cara ini bukan sahaja kelihatan lebih santai tetapi mencerminkan keperibadian beliau yang tidak kekok bergaul dengan rakyat biasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

559
Kongsi :
Previous post WRUR: MERCU TANDA IKONIK BAKAL HIASI BULATAN PANTAI BELIMBING
Next post WRUR: PENDUDUK KAMPUNG GANGSA, BELIMBING DAN PARIT MELAKA LEGA TERIMA SURAT KELULUSAN